Mari..mari..mari...mari kayuh dengan kami.!!!


Assalamualaikum.....selamat datang ke blog DIRT cycling team manjung....blog ni bertujuan untuk memaklumkan kepada geng2 DIRT manjung tentang aktiviti yg dilakukan dan perkembangan terbaru team DIRT termasuk juga nak menempelkan gambar2 tak senonoh geng2 DIRT yang tak berapa betul ni...kalau ada team luar nak contact kiterorg ni...nak kayuh sekali...meh ler join....

Wednesday 30 March 2011

Malaysian Golden Jambori Bukit Merah...Best giler...!!!









































Assalamualaikum....berjumpa lagi kita....hampir 2 minggu blog ni tak di update....maklum la...sibuk dengan tugas dan kursus...apa2 pun Alhamdulillah....akhirnya acara yang ditunggu hampir sebulan lebih akhirnya berlangsung dengan selamat....Inilah event sulung penulis dan 2,3 orang geng DIRT yg lain...untuk event Bukit Merah ni seramai 8 orang anggota team DIRT telah berkonvoi ke Bukit Merah...kami start berkumpul kat rumah chairman (Mohaizam) pada hari Sabtu 26hb...selepas tu sebanyak 4 buah kereta bertolak ke Taiping dan terus ke Bukit Merah.. Di antara ahli team yang pergi untuk event tu ; Mohaizam (chairman) Hafiz (AJK Promosi), Fazli (aku ler), Tajul, Nazri, Zuraimi, Zainol dan Asri...Planning asal pada mulanya nak tido kat surau kat kampung mak mertua Sjn Nazri..tapi bila dah sampai kat Bukit Merah...masing2 dah excited...selepas buat perbincangan lebih kurang...kami sepakat nak tido kat situ jer...maklum la nak booking tempat depan...bukan senang wooo....2600 orang peserta...so alang2 dah dapat parking dan pot baik punya...kami pun pasang khemah dan bermalam kat situ...malam tu masing2 dah takleh nak lelap mata...excited giler...ada yang check basikal masing2...nyembang startegi la...rasa lama sangat nak tunggu hari esok...hahaha...termasuk ler aku sekali...tapi dah masuk pukul 2 hujan renyai2 dah start turun...last2 terlelap jugak...

Pukul 5.00 pagi...kami semua dah bangun...mandi2..siap2..kemas khemah....lepas jer sembahyang subuh terus gi kat starting line...ingatkan kami paling awai....dah ramai dah yang tunggu kat starting line....tapi takpa...still dapat tempat yang ok la....masa tu jam dah tunjuk pukul 6.40 pagi...event start pukul 7.30...nak buat camna...tunggu jugak la...kang blah orang lain rembat tempat...melopong la...masuk pukul 7 pagi ada la malaun2 yang datang lambat....nak booking tempat depan..puas dah penganjur suruh diaorang dok belakang...tapi buat pekak jer....rider yang dok depan (yang betul tunggu dari pagi) bengang la....ada la kecoh2 sikit tapi at last ok...7.30..naik la Ketua Pemuda Umno yang glamer tu...Dato Khairi...dia pun merasmikan Malaysian Golden Jamboree 2011...itulah saat yang ditunggu2....mmg best...dia punya adrenalin naik mendadak beb..!! Itulah 1st time aku rasa keseronokan maksimum kayuh basikal ni...

Trek ni totally sejauh 46.0 KM..boleh dikatakan trek yang mencabar jugak...(2600 peserta..hilang akal beb..!!) ada lalu ladang kelapa sawit, tepi tasik, kampung, sawah padi...dan semestinya...panjat bukit la...sepanjang event ni aku perhatikan ramai rider yang terkandas disebabkan kerosakan basikal masing2....paling banyak...tayar pancit...aku pun ngeri jugak sbb aku tak bawak tayar spare dengan pump..main koboi je....aku tawakkal jer...tapi Alhamdulillah....aku berjaya habiskan event tanpa sebarang masalah...begitu jugak dengan team DIRT yang lain..kecuali Asri yang mengalami masalah gear...nak buat camna...basikal pinjam mcm tu la...basikal sendiri tak sampai lagi....huhhuh..

Akhir event...semua team DIRT seramai 8 orang berjaya menamatkan event...walaupun 2,3 orang yang 'krem' kaki...tapi 7 daripada 8 orang dapat medal...(bawah 1000)...hahaha...syabas team DIRT...tak sia2 training panjat bukit....paling best...aku dapat beat Hafiz dgn Mohaizam...hahahaha...tu la hafiz kerek sangat ngan aku....aku sahut cabarang hang....cabutan bertuah...Zuraimi dapat lucky draw...dapat la bawak balik rim basikal...

Kesimpulannya event kali ni betul2 telah memberi pendedahan yang paling berguna untuk team DIRT untuk menghadapi event2 yang akan datang..dan yang paling penting event ni telah menaikkan semangat untuk semua ahli team untuk terus bersemangat berkayuh....hahaha...minggu depan...projek Sri Iskandar pulak...jom kita kayuh ramai2...jumpa lagi geng...!!!



No comments:

Post a Comment